Selasa, 17 November 2009
HATI
Sahabat dan sahabiah semua,
....emel inie merupakan kisah benar yang
dialami oleh salah seorang student.
RasululLah SAW menangis.... .
Iyer, ingin melihat RasululLah SAW tersenyum dan tidak menangis lagie.isk
Tarikh: Sun, 7 Jan 2007
Daripada: "cinta muhammad" <>
Subjek: Rindu Rasul....
assalamu'alaikum warahmatullah. ..
us, maaf lambt send lg. biiznillah jua...mudah2 dapat natijah ygb baik dr cerita benar ni. <"sepanjang perjalanan hidup ini merupakan tarbiyah dr 4JJl swt">
Dgn Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
YaAllah, lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg di pilih Allah utk berjumpa Nabi SallaLahu'alaihiwas allam melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427 H bersamaan 10 August, 2006.
Nama yg dipilih oleh ayah beliau Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku' , gelar Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah SallaLahu'alaihiwas allam. AlhamduliLlah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.
AlhamduliLlah, Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas di dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk habis menghafal 30 juzuk KalamuLlah ketika di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah beliau yang mengharapkan ada di kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik-adik, SubhanaLlah. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya di sana . Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ana InsyaAllah.
Akak ni memang di uji dengan sakit yg tak tau apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti di tikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sudah sakit d bahagian lutut sejak 8 tahun lalu yg x pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tau. Dh lama dia tak daya ke kelas sebab sakitnya membuatkan dia tak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga susut badannya hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu di jaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.
Hari-hari yang di laluinya beliau penuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus-terusan menyakitinya. Diceritakan makhluk-makhluk tu akan mengganggunya terutama waktu sebelum subuh, waktu zuhur dan waktu maghrib. Beliau dah banyak berubat di merata tempat, di negeri kelahirannya, berjumpa doktor-doktor pakar, dengan ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam sendiri dan akhir sekali dengan sorang lecturer di sini tapi beliau hanya mampu bertahan. Ustaz pesan, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.
Pagi khamis tu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab dah lama tak mampu ke kelas. Beliau bangun kira-kira jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg di gagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan apa yg mampu membantu beliau berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Masa tu beliau dh tak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja d bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di bahagian depan bilik. Waktu tu, di sebabkan sakit yg mungkin dah tak tanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd RasuluLlah SallaLlahu'alaihiwa sallam sendiri".
Kemudian beliau pengsan. Sahabat-sahabat sebilik mengangkat beliau ke dalam bilik dan di baringkan di sana . Waktu tu, sahabat-sahabat dah forward message pd kawan-kawan yg lain agar bacakan surah Yasin sbb beliau dah nampak nazak. Semua dah sedia dgn nombor-nombor ahli keluarga beliau utk di hubungi kiranya apa-apa berlaku dengan izin Allah. Kira-kira jam 11 pagi, beliau tidur dgn tenang dalam waktu qoilulah, dalam tidur beliau, beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya di qiam seperti dalam solat di tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.
Tiba-tiba datang seorang HambaAllah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira-kira 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah, indah sekali, tak dapat nak di gambarkan. Beliau tertanya-tanya, siapa orang ni, cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Di rasakan seluruh kesengsaraan yg di tanggung selama ini lenyap begitu saja. Kemudian, HambaAllah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, Ana RasuluLlah". SubhanaLlah, baginda Nabi rupanya. Nabi memakai jubah putih dan kain serban Nabi berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi", -'sekarang enti(kamu) berada di masjidku, Masjid Nabawi'-. Allahuakbar.
Kemudian Baginda Nabi SallaLahu'alaihiwas allam berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" , - sungguhnya Allah bersama orang-orang yg sabar'. Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan KalamuLlah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh 'alam. SememangNya Baginda sebaik-baik kejadian dan di ciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (in lughatul 'arabiyah, tp kami terjemahkan) , "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati enti, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana". Ketika Nabi sebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya 'Ya Allah, Baginda kenal ummat Baginda'. Ya RasuluLlah.. . Waktu tu, di rasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.
Kemudian Nabi katakan, "Sampaikan salamku buat sahabat-sahabat seperjuangan Islam, insyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti". Lepas tu Nabi kita lafazkan, "Ummati.., ummati.., ummati...", dan beliau nampak Nabi menangis dan beberapa titisan airmata Nabi yg suci mengalir utk ummat Baginda. Kemudian Baginda Nabi pergi. Beliau merintih, "Jgn pergi Ya RasuluLlah", tp Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi
kita yg mulia, Baginda kenal kita dan sentiasa ingat akan ummat Baginda. Beliau katakan tak pasti, apakah baginda menangis kerana rindu kepada ummat baginda, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini atau...xtaulah, waLlahua'lam. ..
Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya, beliau d kelilingi oleh kawan-kawan yg terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jgn pergi Ya RasuluLlah.. .". kemudian beliau pun menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam RasuluLlah buat ummat Baginda, salam dari Nabi sallaLahu'alaihiwas allam. Semua menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang-jarang ingat pada Baginda sedang kita amat terhutang budi pada baginda Nabi. Lebih-lebih lagi kita sedar bahawa syafaat Baginda yg akan kita kejar di akhirat kelak.
Ya Allah, waktu tu, takde kata yg lebih tinggi drpd kalimah AlhamduliLlah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan-insan yg lebih berat di uji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Ketika itu rasa sakit masih menular d tubuhnya Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.
Kemudian usai solat Zuhur, rasa sakit yg beliau tanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa di tikam pada setiap penjuru tubuhnya. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. 'Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ni berbanding nikmat yg Allah dah bagi utk melihat Baginda Nabi SallaLlahu'alaihiwa sallam'.
Kemudian beliau tidur dan terus beliau rasakan berada d tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg nk Engkau bagi buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dgn-Mu Ya Allah...". kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan, "Assalamu'alaikum Ya Syamimi, RasuluLlah SallaLahu'alaihiwas sallam sampaikan salam buatmu. Kami utusan RasuluLlah SAW. "Nahnu khulafa' ar-rasyidin" . Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali". SubhanaLlah, Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga-tiga sahabatnya yg mulia.
Beliau nampak, Saidina Abu Bakr, amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah ketegasan, Saidina Uthman memang cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.
Para Sahabat mengatakan "Kami di utuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.". kemudian keempat-empat sahabat nabi membacakan ayat 102 drpd surah Al-Baqarah yg bermaksud:
" Dan mereka mengikuti apa yg di baca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ' sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir'. Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu)
apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu".
Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk-makhluk yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. SubhanaLlah, waktu itu terasa seolah-olah tubuhnya yg sakit dahulu di tukarkan Allah dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg dah lebih setahun di tanggung beliau dgn sabar. Kemudian Saidina Abu Bakr mengatakan, "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar". Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi.
Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus bangun duduk. Kawan-kawan sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun utk duduk dgn mudah . Kemudian sahabat-sahabat sebilik menyuruh beliau bangun berdiri dan AlhamduliLlah dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh". Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah Subhanahuata' ala. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat menjadi hamba-mu yg bersyukur atas ni'mat yang Engkau berikan".
Beliau katakan pada kami, "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Nabi. Akak yang di beri rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengan Nabi. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tp menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita di atas muka bumi Allah ni, maka hidup mesti di teruskan. Sekarang ni hati akak tenang sangat.. Kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik-adik dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yg Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan; "tak rugi kita bersabar..."
Salam pokcik, kaifahal? Ana asif jiddan sbb lmbt send cita ni. Bukan apa, ana tunggu beberapa org sahabat edit. Bimbang ada yg ana tersalah faham sepanjang bersama k.syamimi. Supposely ana bg k.mimi sendiri baca blik, tp segan nk susahkan die. Lagipun ramai yg bertimpa2 pergi tny pengalamn die. Sebenarnya bnyak g kata-kata beliau x sempat ana nk sertakan kt cni. Ni je yg mampu ana usahakan. Kiranya ada apa2 khilaf berbanding drpd pengalaman sebenar beliau, ana mohon ampun pada Allah Subhanahuata' ala. Mudah2an ada manfaatnya pada kita semua, insyaAllah. Selamat menyuburkan cinta pd Nabi SAW buat ikhwah akhawat d bumi anbiya'. Ma'assalamah.
..berderaian air mata mengalir..rindu dirimu Ya RasululLah SAW..
Isnin, 16 November 2009
Lima tanda hati keras membatu

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:
1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan
Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)
2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran
Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)
3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat
Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-ma ta. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.
4. Kurang mengagungkan Allah
Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.
5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah
Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pel ajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126)
10 TANDA HATI KITA MATI
1. Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
2. Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.
ORANG BAIK MATI CEPAT…
Salam sahabat-sahabat pengunjung. Ku tulis kisah ini sebagai memori tarbiah yang berkekalan. Tentang pemergian seorang sahabat. Ku adun ilusi dan realiti namun tapak dan dasarnya tetap yang hakiki. Bulan puasa ini aku agak terkejar-kejar waktu. Selalunya, tempoh Ramadan adalah tempoh istirahat aktiviti luaran. Tetapi Ramadan tahun ini berbeza. Hingga saat ini kehendak dakwah dan tarbiah terus membuak-buak. Tidak ada pilihan meliankan memikul kedua-duanya. Selepas Subuh tadi saya tuliskan kisah ini…Orang baik mati cepat!
Semacam satu musim. Begitu kekadang dirasakan. Sekarang “musim kematian”. Sejak kebelakangan ini ramai sahabat dan kenalan rapat yang meninggal dunia. Secara tiba-tiba pula. Insya-Allah, mereka yang pergi itu yang baik-baik akhlaknya. Sewaktu menziarahi jenazah seorang sahabat yang meninggal 2 minggu lalu secara tiba-tiba timbul pertanyaan di hati, kenapa orang baik mati cepat? Walaupun aneh kedengarannya, tetapi soalan itu menerjah juga tanpa dapat ditahan-tahan.
“Kenapa orang baik mati cepat?” tiba-tiba soalan yang sama dilontarkan oleh seorang sahabat lain yang sama-sama menziarahi Allahyarham. Saya terkejut. Rupa-rupanya ada juga orang lain yang sama rasa dengan saya. Cuma dia “berani” meluahkannya, saya pula hanya memendamkan.
“Kenapa? Orang jahat mati lambat?” balas saya.
Dia tersenyum.
“Dalam pengalaman saya ramai orang baik mati cepat. Lihat sahabat kita ini baru mencecah 40 tahun sudah dijemput pulang.”
Saya termenung mencari makna dan kata-kata. Terkesima. Ah, saya yang “lebih tua” ini belum mati.. Mungkin saya tidak sebaik dia. Begitu gerutu dalam hati.
“Tak ada pengalaman melihat orang jahat mati cepat?” saya menjoloknya pula.
Dia menggeleng-gelengkan kepala.
“Saya pun tak tahu apa penjelasan yang tepat,” akui saya terus terang.
“Tetapi ada hadis mengatakan akhir zaman ilmu diangkat dengan kematian para ulama,” saya menambah lagi. Ya, saya pernah mendengar tentang itu.
“Oh, jadi ada kebenarannya orang baik mati cepat…”
“Tak juga,” balas saya selamba.
“Kenapa?”
“Tak kan orang yang baik terdiri daripada para ulama sahaja. Bukan ulama pun ada juga yang baik.”
“Ya, tak ya juga.”
“Kau pernah lihat atau dengar orang jahat mati lambat?” tanya saya mengulangi soalan terdahulu.
“Susah kita nak tentukan seseorang tu baik atau jahat…”
“Tetapi Allahyarham sahabat kita ini orang baik bukan?”
“Insya-Allah. Amin,” jawabnya perlahan namun penuh kepastian bercampur harapan.
“Saya rasa mungkin ada sebab yang lain,” kata saya memulakan semula perbualan. Kami berdua-dua benar-benar kesedihan. Perbualan ini sekurang-kurangnya dapat meredakan sedikit kesedihan itu. Sahabat yang baru meninggal itu bukan calang-calang orang, jasanya dalam dakwah dan pendidikan Islam telah diakui ramai. Jasanya jauh lebih “panjang” berbanding usianya.
“Imam Safie meninggal dunia ketika berumur 51 atau 52 tahun. Imam Nawawi lebih muda daripada itu,” tambah sahabat saya tanpa memberi respons tentang “:mungkin ada sebab lain” yang saya katakan sebelumnya.
“Mungkin ada sebab lain kenapa kita rasakan orang baik mati cepat, orang jahat mati lambat,” saya cuba sekali lagi memancing perhatiannya.
“Apa yang kau rasakan? Ada sebab lain?”
Saya pula yang tersenyum. Dia juga sahabat akrab saya. Entahlah antara kami siapa yang akan meninggalkan siapa? Ya, siapa agaknya akan dijemput oleh kematian terlebih dahulu. Tidak tahu bila, tetapi saat itu pasti tiba. Orang yang berbual tentang kematian pun akan mati juga.
“Saya rasa orang baik mati dirasakan mati cepat kerana orang yang masih hidup belum puas menikmati kebaikannya!” letus saya setelah berdiam agak lama.
“Manusia selamanya tidak akan puas dengan kebaikan. Kebaikan itu fitrah semua manusia,” kata sahabat saya menambah.
“Saya teringat satu peribahasa Cina yang mengatakan untuk mengenal kebaikan seribu tahun belum cukup…”
“Maksudnya?”
“Kebaikan itu sentiasa didambakan oleh hati manusia. Bila menikmatinya, manusia ingin menikmatinya lagi, dan lagi… Kalau boleh biarlah sampai seribu tahun.”
Sahabat saya termenung. Merenung. Perjalanan pulang daripada ziarah kematian itu dirasakan terlalu panjang.
“Kau tahu peribahasa itu masih ada sambungannya?”
“Sambungannya ini akan menjelaskan kenapa orang jahat dirasakan mati terlalu lambat,” tambah saya tanpa memberi sambungan yang dipintanya. Biar “suspen” sedikit.
“Sambungannya begini… tetapi untuk mengenal kejahatan satu hari sudah terlalu lama!”
“Sekarang aku tahu kenapa orang jahat mati lambat, ops… dirasakan mati lambat,” katanya membetulkan ayat bagi menerangkan maksudnya yang sebenar.
“Mengapa?” tanya saya memberi laluan kepadanya untuk menjelaskan.
“Manusia benci dan jemu kepada kejahatan. Satu hati dalam “merasakan” kejahatan dirasakan sudah terlalu lama. Ya, sebab itulah orang jahat selalunya mati lambat. Bukan usia mereka yang panjang, tetapi kejahatan mereka itu yang menjemukan dan meresahkan orang yang masih hidup.
“Ah, sekarang giliran dia… Giliran kita bila agaknya?”
Saya melencongkan sedikit arah perbualan kerana ada kisah yang menerjah ruang ingatan. Kisah benar beberapa bulan yang lalu ketika saya menziarahi seorang ulama yang baru pulih daripada strok.
“Enta tahu berapa orang yang menziarahi ana sewaktu ana terlantar dulu yang telah mati?” tanya ulama yang sangat saya segani itu.
“Sewaktu tu ana terbaring tidak dapat bergerak dan bercakap. Tapi ana masih kenal orang-orang yang datang ziarah ana. Ramai anak murid yang ziarah dan mendoakan ana. Sewaktu tu harapan ana untuk pulih hanya 50-50. Dalam ramai-ramai anak murid tu ada yang menangis sambil berdoa minta kepada Allah untuk menyembuhkan ana…”
“Alhamdulillah, makbul doa mereka tu. Sekarang ustaz dah sembuh,” ujar saya.
“Alhamdulillah dan innalillah.”
Kenapa innalillah, gumam saya dalam hati?
“Alhamdulilllah sebab Allah sembuhkan ana. Innalillah sebab ada di antara yang mendoakan ana itu telah meninggal dunia,” jawab ulama itu seperti dapat meneka pertanyaan hati saya.
“Ajaib benar kematian ini. Orang sakit yang dirasakan akan mati hidup, orang sihat yang mendoakannya pula yang mati. Bukan seorang, tetapi ana kira sepanjang tempoh enam bulan ana terlantar hingga kini sudah 8 orang yang menziarahi ana dahulu telah meninggal dunia!”
“Apa yang kau menungkan?”
Tiba-tiba kawan saya memutuskan lamunan panjang saya. Dia memandu perlahan sahaja. Mungkin dia juga sedang melayan lamunannya.
“Saya tertanya-tanya bila pula agaknya giliran kita?”
“Apakah datang dengan tiba-tiba atau sudah dijangka?”
“Itu tidak penting. Yang penting apakah kita diambil semasa dalam ketaatan atau kejahatan?”
“Alhamdulillah, sahabat kita meninggal semasa melaksanakan aktiviti kebaikan.”
“Kau tahu, saya ada cerita tentang kematian yang sangat menakjubkan. Malah menimbulkan cemburu di hati,” tambah saya.
“Cerita benar?”
“Baru berlaku dua bulan yang lepas…”
Saya mula bercerita tentang seorang lelaki abang kepada kawan isteri saya yang telah meninggal dunia dua bulan lalu. Allahyarham meninggal sewaktu mengerjakan solat Asar berjemaah di dalam masjid.
“Alhamdulilah masih ada kematian yang semacam itu pada zaman ini,” ulas sahabat saya selepas mendengar cerita saya.
“Cara mati kita ditentukan oleh cara hidup kita,” pintas saya perlahan.
“Macam pernah dengar sahaja ungkapan tu.”
“Itu kata-kata Imam Ghazali,” kata saya mengingatkan.
“Saya agak terlupa akan maksudnya.”
“Kau tahu mengapa agaknya Allahyarham meninggal dalam keadaan yang sebaik itu?”tanya saya. Saya pun bercerita lagi. Menurut kawan isteri saya itu abangnya memang orang yang istiqamah solat berjemaah di masjid setiap waktu. Kerja kampung seperti ambil upah menebas, membersihkan kebun di samping berniaga secara kecil-kecilan membolehkan Allahyarham mengatur jadual hidupnya sendiri. Ya, hanya orang yang sering ke masjid yang “terpilih” mati di sana. Dan orang yang konsisten solat sahaja yang besar kemungkinan mati dalam keadaan bersolat. Siapa yang hidup secara baik akan mati baik. Insya-Allah.
“Soal mati lambat atau cepat sekarang tidak penting lagi. Tetapi apakah kita mati dalam keadaan baik atau sebaliknya, itu lebih utama.”
“Ada yang lebih utama daripada itu… yakni menentukan cara hidup yang baik! Sebab cara hidup yang baik akan menentukan cara mati yang baik, ” saya mengingatkan.
“Bolehkah kita mati dalam keadaan lidah dan hati kita mengingati Allah?”
Kali ini dia pula yang mengalih arah perbualan.
“Bergantung pada keadaan kita semasa hidup. Jika kita selalu berzikir dan mengingati Allah semasa hidup, insya-Allah semasa hampir kematian, Allah jugalah yang akan sentiasa di hati dan di bibir kita.”
“Saya teringat satu analogi yang pernah diberikan oleh sekumpulan pendakwah ketika masih di kampus dulu. Kata mereka, jika lori berisi pasir berlanggar, yang akan terkeluar dan berselerak ialah pasir. Sebaliknya jika lori sampah, sampahlah yang akan bertabur dan tersembur ke luar.”
“Maksudnya?”
Kali ini saya pula yang menagih penjelasan daripadanya.
“Samalah seperti manusia. Manusia yang lidah, hati dan dirinya sentiasa penuh dengan zikirullah, maka kalimah zikir itulah yang akan terluncur keluar bila tiba saat kematiannya. Sebaliknya jika perkara-perkara kotor yang ada dalam dirinya, maka perkara itulah yang akan tersembur keluar di saat kematiannya. Tak kanlah lori sampah akan mengeluarkan pasir apabila berlanggar?”
“Cantik dan tepat sekali analogi itu.”
“Kita berhenti makan sedikit, ok?” ajak sahabat saya sambil membelok ke tepi jalan. Sebuah warung sederhana di tepi desa itu menjadi persinggahan kami. Memang agak lapar juga rasanya. Sejak awal pagi (sewaktu mendengar berita kematian) hingga jam 5 petang waktu itu kami tidak menjamah apa-apa. Hampir terlupa makan dek rasa terkejut tentang kematian yang itu.
Ketika mengambil lauk di warung itu, hati saya jadi sayu tiba-tiba. Bergenang air mata tanpa disedari apabila melihat masakan tempe goreng pedas kering bersama tahu, ikan bilis dan kentang hiris – masakan Jawa! Itulah masakan yang sering dihadiahkan oleh Allahyarham sahabat saya kepada keluarga saya sewaktu kami tinggal berjiran beberapa tahun yang lalu. Dia akan berkata, “ini kiriman ibu saya, mari kita kongsi bersama.” Dan perasaan saya sekali lagi “mengalahkan” logik akal saya. Perasaan saya terlalu sayu bila hati saya terus dan tetap berkata, “memang orang baik, mati cepat!”
Satu Titik Hitam

Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya adalah membabitkan seluruh anggota tubuh badan manusia. Maka, akan lahirlah penyakit masyarakat berpunca dari hati yang sudah rosak itu.
Justeru, hati adalah amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan untuk menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.
Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana dosa. Setiap satu dosa yang dilakukan tanpa bertaubat itu akan menyebabkan terjadinya satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Maka bayangkanlah bagaimana pula kalau sepuluh dosa? Seratus dosa? Seribu dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.
Perkara ini jelas digambarkan dalam hadis Rasulullah bermaksud: "Siapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya.
Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah).
Hadis ini selari dengan firman Allah yang bermaksud "Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka telah diseliputi kekotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan." (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14).
Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak akan masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan kita untuk mengamalkannya.
Allah berfirman yang bermaksud "Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya, dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Baqarah, ayat 74).
Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan bahawa batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah. Perkara yang paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlakulah kemusnahan yang amat besar terhadap manusia.
Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah natijahnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati kita. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan oleh Allah pada akhirat kelak.
Persoalannya sekarang, Kenapa hati mati? Hati itu mati disebabkan perkara berikut:
Pertama:Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.
Allah berfirman bermaksud "Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata." (Surah al-Zumar, ayat 22).
Kedua :Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati.
Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya.
Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.
Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).
Firman Allah bermaksud "Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia." (Surah al-Ra'd, ayat 2

Firman-Nya lagi bermaksud "Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik." (Surah al-Syura, ayat 88 - 89)
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.""
Lirik lagu manjaga Hati
Lirik Lagu Menjaga Hati Yuvie-Nuno

Lirik Lagu Menjaga Hati Yuvie-Nuno
Masih tak tinggal bayanganmu
yang telah memberkas relung hatiku
hujan tanpa henti
seolah petanda
cinta tak disini lagi
engkau tak berpaling
[Chorus]
biarkan aku menjaga
perasaan ini ohhh....
menjaga segenap cinta
yang telah engkau beri
engkau pergi aku takkan pergi
engkau menjauh aku takkan jauh
sebenarnya diriku masih menharapkanmu
ohhh.. ohh....
masih adakah cahaya rindumu
yang dulu selalu
cerminkan hatimu
aku takkan bisa
menghapus diri mu
meski ku lihat kini
engkau diseberang sana
(chorus)
andai akhirnya engkau tak juga kembali
aku tetap sendiri menjaga hati
(chorus X2)
Sejujurnya diriku
masih menharapkan mu
oohhh... oohh... oohhh...
Mejaga Hati


Hati. Semua manusia mempunyai hati. Hati menjadi subjek utama di dalam pelbagai bidang pengajian. Di dalam lirik-lirik lagu terlalu ramai yang menyentuh soal hati. Begitu juga dengan filem.
Ada ramai Ulamak di Islam menulis tentang cara-cara menjaga hati. Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin ada menyatakan: “Apabila hati dalam keadaan kecelaruan seseorang itu tidak mampu melaksanakan ibadat dan pekerjaan-pekerjaan lain dengan sempurna”.
Adakah hati yang disebut cerdik pandai sama dengan hati yang terletak di dalam dada manusia secara literal? Ada yang berpendapat bahawa hati itu adalah sama dengan jantung kerana apabila terjumpa si polan dan si polan - hati pun berdebar-debar. Adakah hati kita yang berdebar atau jantung yang berdebar? Justeru, ramai telah menukar istilah hati kepada "hepar".
Oleh kerana keterbukaan penggunaan perkatan hati dan jantung ini di dalam konteks falsafah, mungkin kita ingin menijau apakah sebenarnya hati ini di dalam konteks sains.
Anatomi Hati
Di dalam bidang sains perubatan, hati adalah organ terbesar pada badan manusia selepas kulit. Ia terletak di sebelah kanan-atas di dalam kaviti abdomen. Di atas hati ialah diafargma kanan (paru-paru) dan di bawahnya terletak buah pinggang kanan. Ia berbentuk seperti kon dan bewarna merah gelap. Beratnya lebih kurang 1.5kg -1.6 kg.
Hati terbahagi kepada 4 bahagian yang dipanggil "lobe". Di belakang hati terletak pundi hempedu (gall bladder) yang menyimpan cecair hempedu untuk tujuan penghadaman lemak.
Fungsi-Fungsi Hati
Ini adalah fungsi2 hati dan apa yang berlaku sekiranya hati gagal melaksanakan fungsinya.
1. Menghasilkan dan merembes cecair hempedu yang bewarna hijau kuning yang diperlukan untuk menghadam lemak. Kebanyakan cecair hempedu akan disimpan di dalam pundi hempedu dan ada yang dirembes terus ke dalam usus. Kerosakan hati akan menyebabkan cecair hempedu masuk ke dalam darah dan menjadikan badan bewarna kuning.
2. Hati adalah umpama stor yang menyimpan gula (glukos). Apabila gula berlebihan, insulin akan menukarkan gula kepada glykogen untuk distorkan di dalam hati. Apabila gula kurang, glykogen ditukar pula kepada gula untuk digunakan di dalam badan. Oleh itu, orang yang mempunyai kegagalan hati akan mengalami kekurangan gula yang sangat serius sehingga kerap pengsan.
3. Hati juga menghasilkan protein seperti albumin. Apabila hati rosak maka penghasilan albumin di dalam badan juga akan berkurang. Kekurangan albumin di dalam salur darah akan menyebabkan air di dalam tisu badan berkumpul (Baca artikel saya di dalam nephrotic syndrome). Perut akan membengkak dipanggil "ascites" - saya rasa orang melayu panggil "busung" dan seluruh badan juga akan membengkak dengan air. (lihat gambar ascites)
4. Hati menghasilkan bahan-bahan untuk pembekuan darah seperti fibrinogen, prothrombin, faktor-faktor V, VII, IX dsbg. Bahan-bahan ini juga adalah sejenis protein. Apabila tiada bahan-bahan ini, pembekuan darah tidak berlaku dan akan menyebabkan pendarahan teruk. Itu juga antara sebab kenapa ramai yang menghidapi kegagalan hati meninggal dunia akibat pendarahan teruk yang tidak dapat dihentikan.
5. Fungsi hati yang tersangat penting ialah membuang bahan-bahan beracun dan menyahtoksin bahan-bahan toksik daripada badan. Untuk pengetahuan anda, segala macam ubat-ubat, bahan kimia, herba-herba dan segala jenis makanan beracun akan di mengalami proses metabolik untuk menghilangkan keracunannya. Oleh hal yang demikian, proses penyahtoksin ini akan menyebabkan hati rosak.
Apabila kita memakan 2 biji panadol contohnya, panadol ini akan ditukarkan kepada bahan tidak bahaya di dalam hati dan dikeluarkan melalui buah pinggang atau najis. Namun, sekiranya kita makan 50 biji panadol sekaligus, bahan ini akan ditukarkan kepada bahan tidak bahaya oleh hati tetapi akan menyebabkan kerosakan hati yang serius yang menyebabkan kematian.
6. Sejenis sel khusus di dalam banyak-banyak sel hati dipanggil "sel kupffer" membentuk satu sistem pertahanan badan. Ia membantu untuk memakan bakteria dan bahan-bahan merbahaya yang lain. Kekurangan protein tertentu akibat kegagalan hati menyebabkan seseorang itu sangat mudah dijangkiti penyakit kerana sistem imun badan yang lemah.
Kesimpulan
Oleh kerana itu, hati adalah sangat penting untuk dijaga. Ia adalah sejenis organ yang tidak boleh hidup tanpanya. Oleh itu jauhilah perkara-perkara yang boleh merosakkan hati. Salah satu daripadanya ialah ARAK. Alkohol adalah antara penyebab kerosakan hati yang utama di seluruh dunia.
Sabda Rasulullah SAW:-
Ertinya: " Sesungguhnya dalam jasad manusia itu terdapat seketul daging. Apabila baik ia, maka baiklah seluruh badan. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh badan. Itulah HATI".
Jika melihat daripada kacamata ulama' dan ahli falsafah, ada yang berpendapat hati yang Rasulullah maksudkan adalah seuatu yang tidak berbentuk material atau jasad sifatnya dan tidak dapat dilihat dengan mata.
Tetapi professor saya pernah berkata dahulu, jikalau diambil dalam konteks sains perubatan yang lebih objektif dan spesifik, maka hadis yang Rasulullah sebut sangat bertepatan dengan organ hati ini secara jasad.
Oleh hal yang demikian, jagalah hati anda walau dari kacamana sekalipun anda melihatnya.
Wallahu A'lam.
Ahad, 15 November 2009
AL-A'RAF

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Penyayang.
Siapa yang mendapat hidayah dari Allah, dialah orang yang terpimpin. Siapa yang disesatkan oleh Allah, maka merekalah orang yang merugi.(178)
Sesungguhnya Kami telah sediakan banyak jin dan manusia untuk isi neraka Jahannam. Mereka mempunyai hati, tetapi tidak mahu mengerti, mempunyai mata tidak mahu melihat (memperhatikan),bertelinga tapi tidak mahu mendengar. Mereka itu seperti binatang, bahkan lebih sesat. Kerana mereka adalah orang-orang yang lengah (maupun diberi nasihat atau tidak, keadaan itu sama sebagai anjing terengah-engah mengulurkan lidahnya, maupun dibiar ataupun dihalau).(179)
Al-Hujurat

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Penyayang.
Hai orang-orang yang beriman kalau kamu didatangi orang fasik (orang durhaka terang-terangan melanggar batas agama)dengan membawa sesuatu berita, hendaklah kamu seligiki dahulu kebenarannya, agar supaya jangan sampai kamu menjerumuskan orang lain ke suatu bencana yang tidak disengaja, nanti kamu bisa menyesal atas ketelanjuran perbuatanmu.(6)
ORANG-ORANG MUNAFIK
Kalau ada orang-orang munafik datang kepadamu, mereka mengatakan ,"Kami mengakui bahawa kau adalah Rasul Allah." Tetapi Allah tahu , bahawa engkau sesungguhnya utusan-Nya dan Allah menyaksikan, bahawa orang-orang munafik itu sungguh bohong.(1)
Sumpahnya mereka jadikan kodok (mereka bersumpah bahawa mereka beriman adalah untuk menjaga harta dan diri mereka supaya jangan dibunuh atau ditawan atau dirampas hartanya) untuk menghalang orang dari jalan Allah. Begitu jahatnya perbuatan mereka itu.(2)
Adalah oleh kerana mereka itu beriman lalu kembali kafir lagi. Kerananya tertutuplah hati nuraninya, sehingga mereka tidak bisa mengerti (3)
Selasa, 10 November 2009
Hati Ku
Ya Allah kau yang menyucikan hati, tiada lain selain Engkau ya Allah. Sucilah hati hamba mu ini ya Allah, sebagaimana sucinya hati Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya Engkau yang ku sembah dan hanya kepada Engkaulah hamba mu ini mohon pertolongan.
Ya Allah, pimpinkanlah hamba mu ini kejalan yang lurus ia itu jalan orang-orang yang mendapat nikmatnya. Bukan jalan orang-orang yang mendapat kemurkaan mu dan bukan jalan orang-orang yang tersesat.
Surah Al- Faatihah
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.